Pages

Jumaat, 21 Jun 2013

Kemanakah HILANGNYA.......

                                                       
                                                    Assalamualaikum w.b.t 

Dah lama aku x coret n maintainance belog ni... cuma bulan ni aku rasa macam terpanggil untuk menulis kembali di dalam blog ini... aku sebenarnya nak citer sikit tentang satu KEHILANGAN yang semakin aku atau korang semua mungkin kadang2 rasainya....

HILANGNYA benda ini membuatkan kita sebagai manusia yg diberikan kelebihan oleh ALLAH sebagai khalifah yang menjaga bumi ini tetapi malangnya kerana kerakusan kita sbgai manusia menyebabkan kelebihan yang diberikan oleh ALLAH kita sia-siakan dan menyebabkan kita meletakkan taraf diri kita lebih teruk dari binatang2 ciptaan ALLAH... Tidakkah kita pernah malu dengan perbuatan kita...

Ape la nak jadi kat malaysia nie... PEMIMPIN sesama sendiri bertelagah kerana berbeza fahaman, BELIA menjadi mangsa dan semakin hilang akhlaknya,WARGA TUA pula sudah tidak dihormati,GADIS2 pula terlalu mudah mempercayai lelaki,dan kaum ADAM plak suka mengambil kesempatan atau bahasa mudahnya sanggup merosakkan kaum HAWA tanpa berfikir jika perbuatan tersebut terkena pada ahli keluarga sendiri,
YG MISKIN pula dipandang hina sedangkan YG KAYA semakin lupa bahawa setiap harta yg tidak dibelanjakan ke jalan ALLAH  setiap satunya akan disoal...

HATI semakin lama semakin gelap setelah bergelumang dengan bnyk dosa.. kenapa kita tidak berusaha mencari penawar bagi hati yg gelap ini malah kita seronok melalui jalan yg nampak seronok di dunia malangnya berliku dan berduri di akhirat....... Kadang-kadang aku tertanya apakah puncanya masyarakat sekarang semakin HILANG maruahnya, semakin HILANG hormatnya, semakin HILANG agamanya,semakin HILANG bangsanya,semakin HILANG tatasusilanya....

Ini semua berpunca dari DIRI kita sendiri yang sentiasa tidak pernah berasa puas dengan segala bentuk kesenangan yang kita perolehi.. kita HILANG rasa bersyukur kepada ALLAH.. kita hilang arah kerana NAFSU yang tidak pernah puas.. Bila NAFSU menjadi RAJA dan AKAL menjadi RAKYAT, segala galanya mengubah DIRI kita menjadi MANUSIA yang HILANG pertimbangannya....

Semakin lama aku sudah tidak faham dengan karenah perangai SPECIES yang bernama MANUSIA ini..
sukar untuk difahami dan mudah berubah-ubah..

SEKIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...