Pages

Jumaat, 21 Jun 2013

Kemanakah HILANGNYA.......

                                                       
                                                    Assalamualaikum w.b.t 

Dah lama aku x coret n maintainance belog ni... cuma bulan ni aku rasa macam terpanggil untuk menulis kembali di dalam blog ini... aku sebenarnya nak citer sikit tentang satu KEHILANGAN yang semakin aku atau korang semua mungkin kadang2 rasainya....

HILANGNYA benda ini membuatkan kita sebagai manusia yg diberikan kelebihan oleh ALLAH sebagai khalifah yang menjaga bumi ini tetapi malangnya kerana kerakusan kita sbgai manusia menyebabkan kelebihan yang diberikan oleh ALLAH kita sia-siakan dan menyebabkan kita meletakkan taraf diri kita lebih teruk dari binatang2 ciptaan ALLAH... Tidakkah kita pernah malu dengan perbuatan kita...

Ape la nak jadi kat malaysia nie... PEMIMPIN sesama sendiri bertelagah kerana berbeza fahaman, BELIA menjadi mangsa dan semakin hilang akhlaknya,WARGA TUA pula sudah tidak dihormati,GADIS2 pula terlalu mudah mempercayai lelaki,dan kaum ADAM plak suka mengambil kesempatan atau bahasa mudahnya sanggup merosakkan kaum HAWA tanpa berfikir jika perbuatan tersebut terkena pada ahli keluarga sendiri,
YG MISKIN pula dipandang hina sedangkan YG KAYA semakin lupa bahawa setiap harta yg tidak dibelanjakan ke jalan ALLAH  setiap satunya akan disoal...

HATI semakin lama semakin gelap setelah bergelumang dengan bnyk dosa.. kenapa kita tidak berusaha mencari penawar bagi hati yg gelap ini malah kita seronok melalui jalan yg nampak seronok di dunia malangnya berliku dan berduri di akhirat....... Kadang-kadang aku tertanya apakah puncanya masyarakat sekarang semakin HILANG maruahnya, semakin HILANG hormatnya, semakin HILANG agamanya,semakin HILANG bangsanya,semakin HILANG tatasusilanya....

Ini semua berpunca dari DIRI kita sendiri yang sentiasa tidak pernah berasa puas dengan segala bentuk kesenangan yang kita perolehi.. kita HILANG rasa bersyukur kepada ALLAH.. kita hilang arah kerana NAFSU yang tidak pernah puas.. Bila NAFSU menjadi RAJA dan AKAL menjadi RAKYAT, segala galanya mengubah DIRI kita menjadi MANUSIA yang HILANG pertimbangannya....

Semakin lama aku sudah tidak faham dengan karenah perangai SPECIES yang bernama MANUSIA ini..
sukar untuk difahami dan mudah berubah-ubah..

SEKIAN

Rabu, 2 Januari 2013

K.E.R.J.A (Keluarga Etika Rakan Jawatan Agama)

assalamualaikum w.b.t apa khabar kawan2... dah lama aku x update blog nih... rasa cam maleh jo den nak update... sobonae den nak cito sket.. pejam colik-pejam colik dah pon masuk tahun 2013... macam2 yang berlaku maso tahun 2012.. paling feymes nak kiamat la.... pondai2 jo orang putih ni ha nak ramal kiamat... nabi pon x tahu bila akan berlakunyo kiamat..ni kan plak orng putih nih..... sapoe percayo bahlul la tuh... haisshhh.... den sobonoe cemburu tengok kawan2 den yang lain semua dah blajor tinggi2 ado yang dah berkojo.. den ja yang masieh merangkak-rangkak lagih nih... ikut kan hati nak ja den berkojo tapi bile pikir2 an balik... kos sara hidup skang ni pon dah meningkat... jadi den konolah usoho lobih sikit... x kan nak duduk kek takok lama jo... tengok kawan yang dah ado kojo nih jeles betui den... yola nak beli barang2 sendiri senang.. x payah guno duit mak bapak lagi.. laen la macam den.. nak minum kat kedai mamak pon mintak 5 ringgit kat mak den.. kalau bapak den kona siku lah den... hehehe.. tapi bapak den x do lah ganeh sngt... kalo den buek dia marah baru lah dia ganeh... salah den jugak.... heheheheh.. okey la den pon bnyk laie kojo nak di buek... den skang ni tongah cuti sem... dah nak habeh dah pon.. cuti lamo-lamo pon nak buek apo... kojo den masa cuti ialah pengurus rumah dan tangga.. tu jala.. ahahahaha... kopado kawan2 den yang dah kojo tuh.. selamat berkerjo dan nanti leh la korang blanjo den makan 5 star... hahaha.. Rindu kat korang semua... ex-PTSS,ex-LAMBORIAN dan ex-PLKN... hahaha

Isnin, 2 Julai 2012

Zikir 2 Ustaz Zulkarnain (Astro Oasis) - Astagfirullah

Meniti suatu perjalanan..


In the name of Allah , The Most Merciful, The Most Kind
sejak berberapa minggu ni, bnyk benda yang berlaku di sekeliling aku. aku lihat bnyak peristiwa-peristiwa sedih,gembira dan macam2 lagilah yang aku x dapat nak nyatakan. tapi pernah tak kita fikir bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. aku harap korang fahami maksud lirik ini betul2 kerana lirik ini bnyk membuka mata ku
OPCIK-RAPUH
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Selasa, 26 Jun 2012

permulaan sebuah perjalanan


9 Siti Impian

9 Siti patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Isnin, 7 November 2011

Tangisan Seorang Tua




Seorang tua sedang menangis di sebuah bangku bersama sebuah cawan untuk disimpannya duit dari simpati warga kota dan kemudiannya didatangi seorang pemuda duduk sebelahnya.

Sufi : Assalammualaikum pak cik (sapaanya diserta senyuman ikhlas )

Pak Man : Waalaikumsalam, Nak bantu pak cik nak (sambil dihulurnya cawan itu ke arah sufi)

Sufi memasukkan wang ke dalam cawan tersebut sambil tersenyum .

Sufi : Pak cik, saya ada belikan pak cik makanan, mari kita makan bersama.

Pak Man : Alhamdullilah, terima kasih nak .

Sufi : Pak cik sudah lamakah pak cik mengemis? Maaf jika soalan ini membuat pak cik terasa, saya hanya bertanya sahaja .

Pak Man : Sudah nak, sudah lama

Sufi : Bagaimana pak cik jadi macam ni??

Pak Man : Ini balasan buat pak cik nak. Pak cik menyesal, dahulu pak cik juara kota, semua orang menghormati pak cik, jalan-jalan di kota ini milik pak cik dahulu. Apabila sebut sahaja nama pak cik, pasti semua akan kecut perut, tapi itu dahulu nak, sekarang tiada siapa yang endah akan pak cik.

Dulu hidup pak cik mewah, tapi sekarang inilah pak cik, kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.

Pak cik berdosa nak, pak cik derhaka pada ibu pak cik, pak cik suka memaki hamun dia kalau pak cik tidak dapat apa yang pak cik inginkan, pak cik telah halau ibu pak cik dari rumah kerana pak cik malu ada seorang ibu seperti dia.

Pak cik hina dia, dia merempat, tidur dikaki lima, mengemis seperti pak cik, pak cik anak derhaka nak, anak derhaka inilah balsan buat pak cik. ( si tua itu mengalir air mata kerana terlau sedih mengenangkan kisah silamnya)

Sufi : Sabar pak cik, minum air itu pak cik akan tenang, ibu pak cik masih hidup ke sekarang?

Pak Man : ibu pak cik? dia dah .... dia dah tiada,sudah meninggal, pak cik yang langgar dia.

sufi terpempan apabila mendengar luahan hati Pak Man. Nauzubillah .. tergamaknya Pak Man ini.

Pak Man : Pak cik langgar dia sebab pak cik malu ada ibu mengemis di kaki lima, pak cik rasa terhina, tapi sekarang pak cik menyesal kerana beberapa hari selepas kejadian itu, pak cik terlibat dalam kemalangan, dan menyebabkan kaki pakcik tempang dan perlu menggunakan tongkat untuk bergerak.

Sejak dari hari itu, semua kemewahan, keistimewaan pak cik hilang, orang-orang sisih pak cik, pak cik hilang tempat tinggal, terpaksalah pakcik mengemis dan duduk di kaki lima ini untuk menuruskan hidup.

Pak cik sentiasa berdoa agar nyawa pakcik dicabut kerana pak cik sudah tidak sanggup untuk hidup di muka bumi ini. Tapi pak cik risau, adakah TUHAN akan menerima pak cik yang hina ini?

Sufi : Usah bimbang pak cik, masih ada masa untuk kita kembali kelandasan kita , pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita selagi kita masih hidup , ALLAH itu maha pengampun, sentiasalah kita berdoa kepadanya untuk dihapuskan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu .

Kesimpulannya,

Jasa Seorang Ibu Tidak Terkira, Sayangilah Ibu Sementara Mereka Masih Bernafas Di Dunia Ini. Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu. Dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu, doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.

Sekiranya kita masih punyai ibu dalam menjalani hidup ini, hargailah ibu, jaga hati ibu dan hadiahkanlah keperibadian yang baik untuk ibu, agar ibu puas dengan apa yang ibu korbankan, agar ibu bangga kerana punyai anak soleh/solehah yang akan mendoakan ibu di akhirat kelak.

-Artikel iluvislam.com

Sabtu, 11 Jun 2011

Sambung Study Lagi OR Kerje????



"Kamu sambung lagi belajar tau" itulah kata2 yang ak sangat pening memikirkannya...
mak aku suruh ak smbng study lagi.... jadi aku pon ikut la.... tapi dalam masa yang sama ak rasa nak keje dulu then baru sambung study.... tapi apa nak wat... harapan orng tuaku mesti aku utamakan.... sebenarnye aku nak citer kat korang ni... aku dah malas nak study tapi bile kakak aku cakap "adik baik ko study dulu... masa depan tu penting"
aku pon rase serba salah plak... yela bila pikir2 balik untuk jangka masa yang panjang betui jugak cakap kakak aku.... yela dengan ekonomi yang x tentu kalo aku keje gaji 3 ribu pon belum tentu cukup sknag... 2 x termasuk coz nak hantar rombongan meminang...(macam la dah nak kawen sangat) hehehehe.... ape2 pon kadang2 aku rasa cemburu gak ngan member2 aku... yela diorang semua dapat sambung kat "U" tapi aku dapat kolej jer... yela sedih gak la... tapi ni semua salah aku jugak... tapi aku betul2 da insaf skng....aku x mau putus harapan... sekurang-kurangnya aku nak juga balas jasa mak ngan ayah aku.... yang penting kali ni aku mesti berusaha lebih walaupon masa study tu amat menyakitkan( mau x sakit 3 thn 6 bulan baru abes ak amek diploma)...... tapi ape yang penting skang ni aku kene kuatkan mental dan fizikal aku.... aku x mau kisah lama berulang kembali... aku x mau penyakit M aku datang balik... yang penting aku nak thanks kat semua kawan2 aku yang telah sedarkan aku....
thanks sangat2.... love u alll..... heheheheh..... okey la sampai sini aku nak menulis... nak tengok tv plak.. bye2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...