Pages

Jumaat, 12 November 2010

Berakhirnya 1 perjalan... Bermulanya 1 perjalanan


salam.....
huhuuhu.... hati ini terasa begitu bahagia...sebabnya ak dah habis study... pejam celik x sangka dah 2 thn setengah ak berada di perlis.... huhuu... kadang2 sedih gak rasanya nak tinggalkan perlis.. bnyk kenangan manis dan pahit berlaku diasana... terutamanya ngan member2 ak dulu... huhhuuhuh... rindu gile kat korng... bile ar boley wat reunion... hahaha.... akhirnya berakhirlah kehidupan ak sebagai sorang student dan bermulah kehidupan ak sbgai sorang dewasa.... insyaallah kalau ak ade rezeki ak smbg belajar... kalo x de ak wat bisness sendiri.... kepada semua lecturer yang pernah mengajar ak, ak ucapkan terima kasih bnyk2.... huhuu....halalkan segala ilmu yang anda telah curahkan.... huhuuhu....ak harap sem last ni ak leh sama2 convo ngan member2 ak yang laen.....
okey la sampai disini sahaja...
wasalam...
peace no war...

Rabu, 1 September 2010

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH


CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

Isnin, 30 Ogos 2010

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN


Assalamualaikum....
seperti yang kita tahu negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-53..
tapi pernah x kita terfikir tengtang maksud sebuah negara yang merdeka.... korang pernah x tengok cerita 1957 hati malaya????.... aku sarankan bagi yang x pernah tengok filem 2 pergi la tengok... betapa susahnya para pejuang kemerdekaan bertungkus lumus untuk memastikan negara yang kita duduki sekarang ini bebas dari penjajah... tetapi walau susah camna pon dengan adanya perpaduan di kalangan bangsa melayu, cina dan india akhirnya kita dapat juga membebaskan negara dari penjajah... tapi sayang... ak lihat masyarakat sekarang dijajah dengan begitu teruk sekali... minda generasi baru yang telah dijajah..... ak sekarang semakin takut melihat masyarakat negara ini yang semakin hari semakin teruk dengan pelbagai masalah so-SIAL yang berlaku... adakah generasi baru sekarang tidak memahami konteks merdeka yang sebenar... adakah dengan clubbing,minum arak ,berzina,buang bayi dan bnyk lagi masalah so-SIAL itu dimaksudkan merdeka????? mungkin sebab generasi baru tidak pernah merasai bagaimana keperitan orang-orang terdahulu yang dijajah... adakah kita mahu dijajah sekali lagi??? ak rasa jika kita dijajah sekali lagi kita akan biarkan penjajah itu memusnakan negara kita kerana kita tidak mempuyai semangat cintakan tanah air... kenapa kita perlu mencetuskan api perkauman antara satu sama lain sedangkan kita duduk di bawah satu negara... bagi ak sebagai manusia dan sebagai seorang islam kita seharusnya saling menghormati antara satu sam lain...
bagi agama lain juga ak percaya dalam agama mereka ada diajarkan agar menghormati agama yang lain... kita semua serupa... x ada bezanya.... jadi ak sarankan agar kita semua menghayati kemerdekaan negara... bebaskanlah minda kita dahulu barulah kita akan memahami erti kemerdekaan yang sebenar.... ingtlah sejarah akan terus berulang dan berulang... masih adakan lagi generasi yang sanggup berkorban nyawa demi negara yang tercinta... adakah kita akan biarkan titisan darah para pejuang kemerdekaan yang terkorban mempertahankan negara tergadai begitu sahaja??? bagunlah wahai bangsa ku, jangan biarkan minda kita dijajah... hargailah sebuah pengorbanan yang x ternilai harganya.... jangan jadikan diri kita sebagai mangsa yang dijajah beribu-ribu kali... sedarlah wahai bangsaku...SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53...

10 PETANDA DIA JODOH KITA...


10 PETANDA DIA JODOH KITA...
by Nurul Hanin on pada 27hb Ogos 2010 pukul 11.11 ptg

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad

Profile: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776

p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Ahad, 11 April 2010

Assalamualaikum.......


apa khabar saudara-saudari sekalian..... hahahaha sedikit terkasima.... yela baru per1 kali dalam sejarah ak menulis blog... sebelum ni nak tulis blog pon x tau... hari ni wa nak story sket tentang kawan-kawan ak yang best dan selalu menghapikan ak....
ak terharu sangat-sangat dapat kawan yang banyak tolong ak masa susah dan senang... bnyak ke???heheehehe.... dulu masa ak kat sekolah ak ingatkan kawan2 itu lah yang paling best tapi sebenarnya tidak.. sebenarnya masa kita kat IPTA/IPTS lah baru kita tahu apa itu erti kawan yang sebenar.... First, ak nak citer sket tentang member ak yang pertama,hero si gadis-gadis@ ah-beng.... hahaha beliau merupakan seorang classmate n roomate ak... hahahha.. lepak ngan dye best siot, walaupon ak hari-hari gaduh ngan dye(bkn gaduh betol2 tapi main2 jer) tapi dye memang cool orangnye... rajin study, selalu marah ak,(sbb ak slalu main games),slalu ajak ak main futsal... ak hepi dapat kawan ngan dye.... sebab dye slalu tegur ak kalo ak wat salah... 2 yang best 2...
member ak yang ke2 plak nama nya zupy@supyqarl a.k.a AWOK.... zupy ni seorang yang mula2 pendiam tapi bila dah kenal cam hampes.. dye ni kira ulat buku sket(bukan suke menggulat yek)bila aku ade test@quiz dye slalu tolong ak.... heheheheh... tapi x la slalu sangat... aku pon mintak tolong sket2 jer... dye ni sker terperap dalam bilik...hahahah ape yang dia buat pon ak x tau... tapi dye memang best...
member ak yang ke3 ni namanya azri aiman@ leman a.k.a cyclops... hahahah aiman jangan marah ek.... dye ni slalu wat aku tension.. hahahaa... pastu aku buat dye tension jugak.. dye ni sker melawak x kira kat mana tempat sekalipon... dulu masa 1st time tengok dye ak ingatkan sombong..yela muka kerek semacam.. tapi rupanya masuk air gak.. hehehehehe..dah 4 sem berturut2 dye jadi ketua kelas... memang sporting....yang ke4 ni plak namanya fahizul hakim@akim a.k.a si sporting... dye ni stu kepala ngan ak... kalo ade final projek ke ak mesti 1 team ngan dye... dye nyer idea lagi power2... dye ni jenis yang x sker benda2 yang mengkusutkan kepala dye.. bila dah kusut dye akan dok diam... hahahah tapi walaupon kusut dye still lagi ade semangat nak wat sesuatu benda.. contohnya cam wat database walaupon dye pening still dye nak habiskan benda 2...memang kuat semangat dye ni.... hikhikhik..
yang ke 5 plak namanya Muhd Tarmizi@mizi a.k.a datuk bandar... sebab ape ak panggil datuk bandar sebab dye ade stail seorang ahli koprat yang berjaya... cara dia jalan memang sebijik la... dye seorang yang pandai berkata-kata... maksud aku dia suka bertanya benda yang dia x faham n then dye suka bagi semangat kat ak... dye ni warak gak orangnya.. dye gak kadang2 bawak ak jalan2 kat perlis... dye ni pon bnyak idea-idea yang bernas dalam kepala dye... mizi thanks la sebab sudi bwk ak jalan2 kat perlis ni... yang ke6 namanya khalid@kalid... dye ni seorang yang bnyak bercakap...wat kerja pon still nak bercakap... dye ni ak selalu usik dan dye pon selalu usik ak...dye ni kadang-kadang bnyk misteri jugak.... yela cam chipsmore kejap ada kejap x de... anyways still lagi best kawan ngan dye.... n yang last skali
namanya mohd hafiz@apis a.k.a masih jelas.... dye ni seorang yang ade stail sendiri..
pandai cakap bi... kadang2 ak mintak tolong dia ajar ak bi... lepak ngan dye best gak la... sebenarnya ramai lagi kawan2 ak yang ak nak tulis kat sini tapi ak dah x larat la..heehehehe.. terutamnya semua kawan2 ak SIT 4A N SIT 4B(amir, apis n9,apis, madi,korea,zamir,shamin,jempol,sinchan,arif,rizal,faiz,dan ramai lagi la...) ak suka kawan ngan korang.. hahahhahaha.... n x lupa jugak kawan2 sekolah( ifa,kuna,shimi,aiman,hawa,afzan,shahril,ita)aku still ingt korang lagi... hehehehehe
okey lah kawan2 sampai sini aja... cau dulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...